Terjun udara
Terjun udara

Terjun udara

Terjun udara adalah satu kaedah bergerak dari suatu titik tinggi ke Bumi dengan bantuan tarikan graviti yang melibatkan kawalan kelajuan semasa menurun dengan menggunakan payung terjun. Ia mungkin melibatkan lebih kurang terjunan bebas yang merupakan satu tempoh di mana payung terjun tidak dilepaskan dan badan manusia secara beransur-ansurnya memecut mencapai halaju terminal.Terjunan sebegini pertama kalinya dalam sejarah dibuat oleh Andre-Jacques Garnerin, pencipta payung terjun, pada 22 Oktober 1797. Garnerin menguji alat ciptaannya dengan melompat dari belon udara hidrogen setinggi 3200 meter dari bumi Paris. Reka bentuk payung terjun tersebut jauh berbeza dengan rekaan payung terjun hari ini di mana ia tidak disimpankan ke dalam apa-apa jenis bekas dan ia tidak mempunyai tali pembuka.[1] Terjunan bebas yang sengaja dibuat dengan adanya tali pembuka tidak dilakukan sehingga lebih dari satu abad kemudian oleh seorang pelagak ngeri bernama Leslie Irvin pada tahun 1919.[2] Terjunan bebas sebelumnya telah dibuat pada 1914 oleh Georgia Broadwick, namun beliau hanya melakukan sedemikian tanpa dirancang kerana tersangkut pada tali statik garis yang diikat pada pesawatnya dan beliau terpaksa memotong tali berkenaan untuk menyelamatkan diri.[3]Pihak tentera membangunkan teknologi payung terjun sebagai cara untuk menyelamatkan penerbang dari kecemasan di atas kapal belon dan pesawat sewaktu penerbangan, dan kemudiannya sebagai satu cara membawa askar ke medan perang. Pertandingan terjun udara bermula seawal tahun 1930-an, dan ia berkembang menjadi sukan antarabangsa pada tahun 1952.

Berkaitan